Powered by Blogger.

Laporan Pelaburan Emas TV9

BELI LAH DINAR

pelaburan bijak

emas untuk makanan

Pelaburan Silver

Wednesday, 23 November 2011

Harga emas di pasaran semakin hari makin mahal, ini membuatkan sesetengah dari kita terfikir sukarkan nya untuk memiliki emas,ini kerana kekangan wang yang ada ditangan dan kenaikan harga barang serta kos hidup yang semakin meningkat. Semua ini membuatkan  kita terfikir alangkah baik nya jika ada alternatif lain yang boleh dijadikan pelaburan berbentuk fizikal,yang harga nya lebih murah dan mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana.

Untuk mencari alternatif kepada emas saya mula google di internet dan banyak maklumat yang diperolehi tentang  bermacam jenis pelaburan. Tetapi hati ini mengatakan ini lah bentuk pelaburan yang sesuai dengan citarasa aku dan ianya murah, mampu dimiliki dan paling penting ia berbentuk fizikal. Pelaburan yang di maksudkan ialah pelaburan silver.


Banyak artikel tentang pelaburan emas yang secara mudah diperolehi dari internet tapi sukar bagi mencari artikel tentang pelaburan silver. Satu ebook tentang pelaburan silver tulisan ikram adi banyak menceritakan tentang kebaikan pelaburan silver dan ebook memang berbaloi untuk di miliki oleh mereka yang ingin megetahui tentang selok belok pelaburan silver.



Selepas membaca buku pelaburan silver ikram adi ini saya yakin anda akan faham apa yang dimaksudkan dengan pelaburan silver, bagaimana untuk memulakan nya serta bagaimana untuk mendapat keuntungan dengan pelaburan silver.
graf kenaikan harga silver 10 tahun

Anda boleh mendapatkan silver dalam bentuk syiling, bar atau dalam bentuk mata wang islam yakni dirham dan semua ini amat berbaloi untuk dimiliki. Ia nya alternatif terbaik kepada emas.

syiling silver


silver bar

silver bar 1oz

dirham kelantan




Marilah memulakan pelaburan dalam bentuk silver kerana ia pasti membuatkan anda tidak menyesal kerana silver seperti emas juga kalis inflasi dan nilai nya semakin meninggi setiap hari.
Sila klik  pelaburan silver

P/S:  Jika ingin mendapatkan emas atau silver keluaran Public Gold boleh la hubungi saya untuk maklumat lanjut. hubungi rizaleman 012-9357536 begin_of_the_skype_highlighting            012-9357536      end_of_the_skype_highlighting. sekiranya anda ingin mendapatkan sendiri dari PG anda boleh letak kan saya rizaleman PG 007699 (pg code) sebagai introdusernya.

Read more...

Parameter Pelaburan Emas

Tuesday, 15 November 2011



Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani 

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adahdari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.


mari lah melabur dalam emas dan perak untuk masa depan kita semua. wang amakin hari makin rendah nilainya tapi dengan emas dan perak makin hari makin tinggi nilai nya. mari la bersama saya untuk melabur dalam emas dan perak. sekiranya berminat untuk menbeli emas public gold sertakan no dealer saya sebagai introduser PG007699. hubungi saya di 012-9357536 begin_of_the_skype_highlighting            012-9357536      end_of_the_skype_highlighting jika ingin maklumat lanjut tentang emas public gold.

Read more...

Kelantan pinda enakmen emas

Monday, 17 October 2011

Dinar Kelantan - foto ehsan : www.dinarkelantan.com.my

KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.

“Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya," lapor Sinar harian.


Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali. "Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi,” tambahnya.


Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.

“Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.

“Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat,” katanya.

Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.

Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.
Tahniah pada kerajaan Kelantan kerana berjaya 
memikirkan untuk meyimpan nilai wang kerajaan dalam 
bentuk emas. Seperti mana kita semua maklum emas
 adalah peyimpan nilai yang terbaik manakala wang
 fiat@wang kertas adalah sebagai medium pertukaran
 sahaja. Untuk itu saya ingin mengajak semua marilah
 kita melabur dan meyimpan emas untuk masa depan. 
Dapatkan emas keluaran public gold melalui saya 
RIZALEMAN NAWI Code PG 7699. SMS@ Call
            012-9357536                untuk maklumat lanjut.

Read more...

Ringgit merudum ke paras terendah

Monday, 3 October 2011


pix_gal0
Pelabur asing alih dana, aset daripada pasaran Asia antara punca nilai mata wang menyusut 

PENARIKAN keluar dana oleh pelabur institusi asing daripada pasaran Asia termasuk Malaysia berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap masalah kewangan di Eropah serta risiko berlakunya kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan mata wang serantau termasuk ringgit mengalami penurunan besar berbanding dolar AS semalam.
Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 14 bulan kepada RM3.2095 berbanding satu dolar AS sementara dolar Taiwan dan dolar Singapura mencecah paras terendahnya dalam tempoh 10 bulan.
Ini susulan langkah pelabur institusi asing itu mengalihkan pelaburan daripada aset dalam mata wang Asia kepada aset dalam dolar AS yang dilihat lebih selamat berikutan kedudukannya sebagai mata wang utama dunia. 

Pada 4.16 petang semalam, ringgit jatuh 0.4 peratus kepada RM3.2055, berikutan jualan berterusan dana luar pesisir. Bagaimanapun, ia pulih sedikit pada lewat petang dengan ditutup pada RM3.2040/2059 berbanding RM3.1870/1910 pada Jumaat lalu. 

Bagaimanapun berbanding mata wang utama lain ringgit menyaksikan peningkatan. 

Mata wang tempatan itu meningkat kepada RM2.4426/4469 berbanding dolar Singapura daripada RM2.4549/4591 Jumaat lalu, dan naik kepada RM4.9722/9783 berbanding pound daripada 4.9724/9789. 
Ia juga mengukuh berbanding euro kepada RM4.2735/2783 daripada RM4.3142/3213, tetapi susut berbanding yen kepada RM4.1715/1772 daripada 4.1470/1528. 

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata ringgit dijangka terus menyusut berbanding dolar AS dalam tempoh beberapa bulan akan datang berikutan pengurangan pegangan dalam mata wang tempatan secara berterusan daripada pengurus dana asing. 

Beliau berkata kebiasaannya dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, pengurus dana asing lebih gemar memilih melabur dalam dolar AS kerana ia dianggap pelaburan lindung nilai. 

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah akan menjejaskan sentimen belian terhadap mata wang tempatan dan juga serantau. Lagipun, kejatuhan harga minyak sawit mentah juga menjejaskan mata wang tempatan,” katanya. 

Nazri berkata, pihaknya menjangkakan ringgit mampu menyusut sehingga ke paras 3.30 menjelang akhir tahun ini jika ketidaktentuan pasaran global berterusan. 

Namun, katanya, penyusutan ringgit berbanding dolar AS itu bakal memberikan manfaat kepada eksport negara. 


link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ringgitmerudumkeparasterendah/Article





tukarkan wang anda kepada emas

Diatas ketidaktentuan nilai RM sekarang, marilah kita bersama menukarkan wang kertas @ wang fiat kepada emas. Wang yang di simpan sekarang ini akan semakin mengecil nilainya tapi emas yang disimpam semakin lama semakin besar nilainya. marilah sertai saya dalam pelaburan emas public gold kerana public gold banyak menyediakan kelebihan kepada pelabur atau kepada dealer. 
Hubungi saya Rizaleman 0129357536 untuk maklumat lanjut

Read more...

Harga emas jatuh mendadak

Monday, 26 September 2011



Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus

ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu. 

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April. 

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak. 

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS). 

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar. 
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya. 

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar. 

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya. 

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu. 

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya. 

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek. 

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters 


link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemasjatuhmendadak/Article/





p/s: Walaupun emas berada dalam jajaran menurun minggu ini , sebagai pelabur kita tidak perlu  risau kerana pasti harga emas akan kembali melonjak. Gunakan waktu harga emas jatuh ini untuk menambah stoak emas anda atau memulakan pelaburan emas sekarang. Usah lagi menunggu kerana pasti peluang sebegini tidak datang berkali-kali.


Mari mulakan pelaburan emas public gold bersama sama rizaleman nawi call 012-9357536 begin_of_the_skype_highlighting            012-9357536      end_of_the_skype_highlighting untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh terus ke pejabat PG yang terdekat untuk memulakan pelaburan emas hanya nyatakan saya sebagai introduser code PG 7699.

Read more...

Pendaftaran PERCUMA Untuk Membolehkan Anda Membeli dan

Mendaftar Sebagai DEALER PUBLIC GOLD

1. Mula-mula hantarkan maklumat berikut kepada kami; sms ke 012-9357536 ATAU email ke rizaleman@gmail.com
Email: Nama: IC no: Alamat surat menyurat: Tahap Pendidikan: Pekerjaan: Nama syarikat(jika ada):
2. Anda akan menerima email dan dinyatakan USERNAME & PASSWORD anda, dan sila buat PENGESAHAN
3. Setelah PENGESAHAN dibuat, layari http://publicgold.com.my/, KLIK pada CUSTOMER LOGIN, masukkan USERNAME dan PASSWORD
4. Anda sudah boleh membuat tempahan produk-produk Public Gold dengan KLIK pada ORDER.Pilih produk dan QTY, COLLECTION OPTION, PAYMENT TYPE, PAYMENT THROUGH dan UPDATE ORDER. Seterusnya CONFIRM ORDER
5. Anda akan menerima email bersama lampiran PURCHASE OF GOLD PRODUCTS
6. Membuat bayaran di bank dan JANGAN lupa mengambil salinan PAYMENT SLIP (Contoh payment slip untuk mendaftar sebagai DEALER, belian min RM 20,000)
7. Fax ke 04-6464 916 ATAU email payment slip ke payment@publicgold.com.my
8. Tel Cawangan PG yang anda pilih dalam COLLECTION OPTION untuk bertanya order anda bila boleh buat COLLECTION. Bawa PAYMENT SLIP bersama PURCHASE OF GOLD PRODUCTS semasa mengambil order anda di Cawangan PG. Jika belian anda min RM20,000 anda layak untuk mendaftar sebagai DEALER dengan mengisi borang pendaftaran semasa mengambil order anda. Tiada dikenakan untuk pendaftaran, malahan anda layak mendapat bayaran komisen setiap belian/jualan anda kelak serta kemudahan lain yang layak bagi anda selaku DEALER yang sah.
Nota:
Semasa mengisi borang DEALER, bahagian INTRODUCER letakkan nama Mohd Rizaleman b Nawi (PG007699).
Belian runcit iaitu kurang RM20,000 boleh menghubungi kami di 012-9357536 ATAU email kepada rizaleman@gmail.com untuk kami membuat tempahan/belian untuk anda.
Sila layari:
http://emas-intan.blogspot.com/

sinar fm

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP